Monday , 18 December 2017

Home » Nasional » CEC DAP Hendaklah dilakukan mengikut perlembagaan -Pannerselvam

CEC DAP Hendaklah dilakukan mengikut perlembagaan -Pannerselvam

October 13, 2017 3:10 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
CEC DAP Hendaklah dilakukan mengikut perlembagaan -Pannerselvam

L Pannerselvam,

PUTRAJAYA: DAP wajar mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti menerusi kongres kebangsaan dan bukannya kongres khas seperti ditetapkan 12 November ini.

Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Ehsan, Klang, L Pannerselvam, berkata Fasal VIII Perkara 8 Perlembagaan DAP menetapkan kongres khas hanya boleh membincangkan perkara tertentu dan bukan untuk tujuan pemilihan.

“Sebagai ahli DAP, kami musykil dengan keputusan itu dan jika berlaku pindaan perlembagaan berhubung Fasal VII Perkara 8, ahli tidak tahu mengenai perkara ini dan perlu dijelaskan ahli,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini bagi meminta jabatan itu memastikan perjalanan CEC DAP dilakukan mengikut perlembagaan.

Yang turut hadir, bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, Pulau Pinang, G Asoghan.

Pada 17 Julai lalu, ROS tidak mengesahkan pemilihan semula CEC DAP pada 29 September 2013, antaranya disebabkan laporan yang diserahkan menunjukkan terdapat pertambahan sebanyak 120 cawangan berbanding pemilihan pada 2012.

Perkara itu terkandung dalam surat dikeluarkan Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah, yang diserahkan kepada DAP dan menasihatkan parti itu mengadakan semula pemilihan CEC.

Berdasarkan kandungan surat itu, ROS mendapati sebahagian daripada perwakilan yang berhak mengambil bahagian dalam proses pemilihan CEC itu tidak diberi peluang yang secukup dan sewajarnya untuk mengundi.

Pannerselvam turut menggesa DAP membuktikan senarai perwakilan yang sudah meninggal dunia dan menarik diri dalam pemilihan CEC akan datang.

Beliau juga tidak boleh menerima dakwaan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, yang dikatakan menerima 500 surat daripada perwakilan mengatakan mereka tidak mahu mengundi dalam CEC.

“Kami mendesak ROS memantau perkara ini termasuk dari segi nama perwakilan yang sah dan cara ia diadakan mengikut kongres kebangsaan, bukannya kongres khas,” katanya.

scroll to top