Friday , 14 December 2018

Home » Bisnes » CEO Mah Sing dilantik Timbalan Pengerusi REHDA Selangor

CEO Mah Sing dilantik Timbalan Pengerusi REHDA Selangor

July 20, 2018 11:37 am Category: Bisnes A+ / A-
CEO Mah Sing dilantik Timbalan Pengerusi REHDA Selangor

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mah Sing Group Bhd, Datuk Ho Hon.

KUALA LUMPUR,. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mah Sing Group Bhd, Datuk Ho Hon Sang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Selangor, berkuat kuasa pada 5 Jun ini.

Pelantikan itu bagi tempoh selama dua tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mah Sing berkata Ho mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri hartanah yang menjadikannya individu paling layak menggalas tanggungjawab berkenaan.

Ho yang juga lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Universiti Malaya dan Ahli Institut Jurutera Malaysia dan Lembaga Jurutera Malaysia, memulakan kerjaya profesional sebagai jurutera dalam pembangunan Lebuhraya Utara Selatan.

Sebelum menyertai Mah Sing, beliau juga pernah berkhidmat sebagai CEO Sunsuria Bhd dan Pengarah Urusan Bahagian Pembangunan Hartanah Sunway Bhd.

– BERNAMA

scroll to top