Monday , 18 December 2017

Home » Bisnes » CEO Samsung umum peletakan jawatan mengejut

CEO Samsung umum peletakan jawatan mengejut

October 13, 2017 6:39 pm Category: Bisnes, Dunia A+ / A-
CEO Samsung umum peletakan jawatan mengejut

Kwon Oh-hyun

SEOUL: Samsung Electronics Co Ltd mengumumkan rancangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga Naib Pengerusinya, Kwon Oh-hyun untuk berundur diri daripada pengurusan syarikat berkenaan.

Langkah itu menimbulkan kebimbangan mendalam mengenai kekosongan kepimpinan dalam gergasi teknologi itu selepas pewaris, Jay Y. Lee dipenjarakan berikutan kesalahan rasuah.

Peletakan jawatan mengejut Kwon yang juga Ketua Jabatan Paparan dan Chip berlaku apabila beliau dijangka mengambil alih peranan yang lebih besar berikutan penahanan Lee pada Februari lalu.

Langkah itu diumumkan pada hari yang sama selepas pembuat telefon pintar dari Korea Selatan itu menjangkakan keuntungan operasi bagi suku ketiga.

Keuntungan itu disumbangkan oleh perniagaan cip memori yang mana Kwon memainkan peranan penting dalam membawanya menjadi pemimpin pasaran dunia.

Ketua Firma Penyelidikan Score, Park Ju Gun, berkata masa yang diambil untuk peletakan jawatan itu tidak sesuai kerana Samsung merekodkan keuntungan.

“Ia mungkin menjadi lebih baik dalam suku keempat dan ia dipacu oleh perniagaan komponen Kwon,” katanya.

Kwon, 64 tahun dilihat sebagai pemimpin kedua kumpulan berkenaan.

Selain menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Lembaga, beliau juga mengetuai perniagaan komponen termasuklah cip memori dan paparan.

Dalam satu kenyataan, beliau yang juga dikenali sebagai Mr Chip itu, berkata sudah tiba masanya untuk memulakan perjalanan dengan semangat baharu dan kepimpinan yang lebih muda.

“Kami bernasib baik kerana masih membuat rekod keuntungan pada masa ini, tetapi ini adalah hasil keputusan dan pelaburan yang lepas.

“Kami tidak berjaya mencari enjin pertumbuhan baharu dengan membaca aliran masa depan sekarang,” katanya.

Samsung yang juga pengeluar terbesar cip memori, telefon pintar dan televisyen dijangka mencatat rekod keuntungan tahunan tahun ini.

Ia berikutan permintaan bagi cip memori yang semakin meningkat.

– Reuters

scroll to top