Wednesday , 26 September 2018

Home » Nasional » Chan Tzun Hei Sedia Galas Tanggungjawab

Chan Tzun Hei Sedia Galas Tanggungjawab

January 13, 2018 2:34 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
Chan Tzun Hei Sedia Galas Tanggungjawab

Chan Tzun Hei

SANDAKAN,. Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura, Chan Tzun Hei bersedia menggalas tanggungjawab sekiranya dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ia berikutan keputusan anggota DUN Elopura Datuk Au Kam Wah untuk tidak bertanding pada PRU nanti dan menamakan Chan sebagai penggantinya.

Chan, 34, Setiausaha Perhubungan Pemuda Gerakan Sabah berkata pengalaman sejak 10 tahun sebagai PPM dapat membantunya untuk menggalas tanggungjawab dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan itu.

“Kawasan Elopura merangkumi lebih 40 kawasan penempatan penduduk, 20 bandar satelit dan lima industri bandar, menunjukkan kawasan ini semakin membangun dan maju ke hadapan, katanya pada Majlis Apresiasi Bersama DUN Elopura di sini, malam tadi.

Chan yang juga anggota Jawatankuasa Pemuda Gerakan Pusat berkata beliau yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Elopura kerana Barisan Nasional (BN) menerusi kepimpinan Au mempunyai rekod baik dalam melaksanakan pembangunan di kawasan itu dan menjaga kebajikan penduduknya.

Terdahulu, Au dalam.ucapan berkata keputusan itu dibuat bukan kerana mahu mengundurkan diri daripada politik tetapi hanya ingin memberi peluang dan ruang kepada golongan muda selepas yakin dengan kebolehan Chan.

— BERNAMA

scroll to top