Saturday , 15 December 2018

Home » Sukan » Chelsea mungkin digantung dua tahun setengah

Chelsea mungkin digantung dua tahun setengah

November 16, 2018 11:43 am Category: Sukan A+ / A-
Chelsea mungkin digantung dua tahun setengah

LONDON,. Chelsea berdepan tindakan penggantungan daripada melakukan sebarang perpindahan pemain selama dua tahun setengah susulan siasatan yang dilakukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ia berhubung tindakan kelab itu menandatangani pemain luar negara bawah 18 tahun termasuk bekas penyerang, Bertrand Traore.

Mengikut dokumen daripada Football Leaks, laman web Perancis, Mediapart mendakwa 19 pemain yang ditandatangani Chelsea sedang disiasat sejak tiga tahun lalu.

Mediapart mendakwa 14 daripada pemain itu ditandatangani di bawah usia 18 tahun.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Chelsea berkata kelab itu memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan FIFA.

Kelab itu juga berkata mereka sudah memberikan bukti komprehensif bagi membuktikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan FIFA.

Menurut Mediapart, Jawatantkuasa Integriti FIFA mengesyorkan agar Chelsea dikenakan hukuman penggantungan daripada urusan perpindahan dalam keempat-empat pintu perpindahan pemain selain denda 45,000 pound (RM241,000).

Dilaporkan, Chelsea mula disiasat sejak September 2017.

“Siasatan masih lagi berjalan, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat,” kata kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Integriti FIFA.

Pemain antarabangsa Burkino Faso, Traore yang kini beraksi bersama Lyon dalam saingan Ligue 1 menandatangani kontrak bersama Chelsea pada 2013 ketika usinya 18 tahun tetapi tidak didaftarkan sehingga Januari 2014. – Agensi

scroll to top