Wednesday , 24 October 2018

Home » Bisnes » China bebankan negara miskin dengan hutang – AS

China bebankan negara miskin dengan hutang – AS

July 17, 2018 7:29 am Category: Bisnes, Dunia, Ekonomi A+ / A-
China bebankan negara miskin dengan hutang – AS

JOHANNESBURG,. China didakwa membebankan negara miskin dengan hutang tidak berdaya tahan menerusi banyak projek infrastruktur besar tanpa daya saing ekonomi, kata ketua Overseas Private Investment Corporation (OPIC) Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Kritikan terhadap Beijing yang disasarkan Presiden Donald Trump. Perang dagangan itu sehingga menjejaskan ekonomi dunia, ketika Washington meningkatkan tawraan pembiayaan pembangunan berdepan cita-cita global China.

Pada 2013, Presiden Xi Jinping melaksanakan inisiatif “Belt and Road” untuk membina rangkaian infrastruktur menghubungkan China menerusi jalan darat dan laut ke Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Barat dan Afrika.

China menjanjikan dana pembiayaan berjumlah AS$126 bilion (RM508.03 bilion), ia dipuji penyokong kerana memberikan sumber pembiayaan penting kepada negara yang amat memerlukan infrastruktur dalam kalangan ekonomi membangun.

Namun, dalam wawancara dengan Reuters di Johannesburg, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OPIC, Ray Washburne memberi amaran terhadap strategi China mewujudkan perangkap hutang kepada banyak negara miskin.

“Cuba lihat mana-mana projek di negara ini dan ia sengaja dibina melebihi kapasiti. Kita cuba menyedarkan banyak negara bahawa mereka membebani diri sendiri dengan hutang China,” katanya.

Washburne bukan seorang sahaja yang pernah memberi amaran terhadap pertambahan hutang projek infrastruktur China.

April lalu, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde mengingatkan negara usaha sama Belt and Road China supaya tidak mudah menerima pinjaman negara itu.

Disember lalu, Sri Lanka menyerahkan aktiviti komersil di pelabuhan selatan utamanya di kawasan Hambantota kepada syarikat China sebagai sebahagian rancangan menukar pinjaman AS$6 bilion (RM24.19 bilion) kepada kepentingan.

– Reuters

scroll to top