Tuesday , 22 August 2017

Home » Dunia » China protes kapal AS ceroboh pulau buatan

China protes kapal AS ceroboh pulau buatan

August 11, 2017 2:36 pm Category: Dunia A+ / A-
China protes kapal AS ceroboh pulau buatan

BEIJING: Beijing menyuarakan rasa tidak puas hati hari ini, selepas kapal perang Amerika Syarikat (AS) berlayar berhampiran sebuah pulau buatan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.

Menurut jurucakap kementerian luar negara China, Geng Shuang, operasi itu mendorong tentera laut China untuk memberi amaran kepada kapal pemusnah AS itu.

Shuang berkata tindakan USS John S. McCain itu melanggar undang-undang China dan antarabangsa, mencemar kedaulatan ‘dengan serius’ dan keselamatan negara.

“China sangat tidak berpuas hati dengan tindakan ini,” kata Shuang dalam satu kenyataan, sambil menambah Beijing akan menghantar bantahan rasmi kepada Washington.

Kapal pemusnah USS John S. McCain berlayar pada jarak enam batu nautika dari Mischief Reef, sebuah pulau buatan yang dibina China semalam, sebagai sebahagian daripada operasi ‘kebebasan belayar’, kata seorang pegawai AS.

– AFP

scroll to top