Saturday , 23 June 2018

Home » Sukan » Chong Wei gagal Merangkul gelaran pertama di Dubai

Chong Wei gagal Merangkul gelaran pertama di Dubai

December 18, 2017 7:49 am Category: Sukan A+ / A-
Chong Wei gagal Merangkul gelaran pertama di Dubai

KUALA LUMPUR,. Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen 21-19, 19-21, 15-21 dalam aksi final Siri Super Akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Hamdan, Dubai, Emiriah Arab Bersatu, sebentar tadi.

Selepas menang set pertama, pemain nombor dua dunia itu dilihat mempunyai peluang cerah bagi merangkul gelaran kelima kejohanan berprestij berkenaan tetapi kekalahan di set kedua jelas mengubah rentak permainannya yang gagal mengekang serangan Axelsen di set penentuan.

Pemain berusia 35 tahun itu turut gagal dalam misi merangkul gelaran pertama di Dubai sejak ia mula menjadi tuan rumah kejohanan Siri Super Akhir pada 2014 dengan edisi tahun ini adalah yang terakhir diadakan di sana.

Lebih malang, kekalahan itu menyaksikan Chong Wei terlepas peluang untuk kembali menduduki ranking nombor satu dunia selepas kehilangan status berkenaan sejak Jun lalu.

Chong Wei sebelum ini sudah empat kali menjuarai Siri Super Akhir bermula pada 2008 di Kota Kinabalu, 2009 (Johor Bahru), 2010 (Taiwan) dan 2013 (Kuala Lumpur).

Bagi Axelsen yang kekal sebagai pemain nombor satu dunia, ia gelaran keduanya dalam saingan Siri Super Akhir selepas menjuarainya pada edisi tahun lalu.

scroll to top