Saturday , 19 January 2019

Home » Sukan » Chong Wei percaya kemampuan Harimau Malaya muncul juara

Chong Wei percaya kemampuan Harimau Malaya muncul juara

December 10, 2018 10:00 am Category: Sukan A+ / A-
Chong Wei percaya kemampuan Harimau Malaya muncul juara

Datuk Lee Chong Wei, "Sebagai rakyat Malaysia, kita semua memang mahu lihat Harimau Malaya menang. Begitu juga dengan saya."

PUTRAJAYA,. Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejayaan muncul juara Piala AFF Suzuki 2018.

Pemain berusia 36 tahun yang telah mengecapi banyak kejayaan gemilang di pentas antarabangsa berkata sebagai rakyat Malaysia beliau mahu skuad kendalian Tan Cheng Hoe mengulangi pencapaian muncul juara pada edisi 2010.

Beliau turut mengakui mengikuti rapat perkembangan skuad Harimau Malaya dan sering menonton perlawanan sejak saingan peringkat kumpulan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita semua memang mahu lihat Harimau Malaya menang. Begitu juga dengan saya.

“Saya selalu menonton perlawanan mereka (Harimau Malaya) di rumah. Bermula dari peringkat kumpulan sehingga perlawanan separuh akhir menentang Thailand,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani kontrak bersama 100Plus di sini, pada Jumaat.

Beliau juga berhasrat untuk turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam, Selasa ini.

“Saya harap saya dapat peluang untuk saksikan perlawanan akhir itu nanti,” tambah beliau.

— BERNAMA

scroll to top