Tuesday , 16 October 2018

Home » Sukan » Christie teruja perkukuh FELDA United

Christie teruja perkukuh FELDA United

February 14, 2018 11:35 am Category: Sukan A+ / A-
Christie teruja perkukuh FELDA United

Christie Jayaseelan

KUANTAN,. Pemain tengah FELDA United FC, Christie Jayaseelan yang membuat keputusan kembali ke kelab itu musim ini, gembira dengan prestasinya dalam mengharungi saingan Liga Perdana.

Pemain berasal dari Selangor itu berkata, kejayaan meledak satu gol ketika membantu skuad The Fighters menewaskan Pulau Pinang 3-0 kelmarin, sebagai petanda positif.

Katanya, jaringan itu memberi inspirasi terbaik untuk memastikan FELDA United FC yang diturunkan ‘pangkat’ musim ini akan kembali ke Liga Super musim depan.

“Sudah pasti saya gembira dengan kejayaan yang diraih FELDA United dalam tiga perlawanan ini kerana kami berada di persada liga.

“Pada masa sama, saya turut muncul selaku penjaring, sekali gus membantu pasukan memastikan kemenangan pada setiap perlawanan.

“Kepercayaan yang diberi jurulatih (B Sathianathan) akan cuba dibalas dengan prestasi meyakinkan untuk meletakkan kelab ini kekal di persada liga,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Namun, Christie berkata, The Fighters tidak boleh leka dengan kejayaan itu kerana perjalanan pasukan masih lagi jauh dan berliku.

Katanya, fokus utama kelab itu adalah untuk mengekalkan pencapaian positif itu hingga aksi liga berakhir.

“Tempoh rehat panjang ini akan memberi lebih impak kepada pasukan memandangkan lawan juga akan memperbaiki segala kelemahan untuk memberi saingan,” kata pemain berumur 32 tahun itu.

Musim lalu, Christie yang menyarung jersi skuad Pahang menjaringkan empat gol, termasuk tiga dalam saingan saingan Liga Super.

scroll to top