Monday , 10 December 2018

Home » Sukan » City rai EPL, Huddersfield lonjak peluang

City rai EPL, Huddersfield lonjak peluang

May 7, 2018 11:59 am Category: Sukan A+ / A-
City rai EPL, Huddersfield lonjak peluang

Manchester City meraikan kemenangan Liga Perdana Inggeris. - Foto AFP

MANCHESTER,. Juara Manchester City perlu menunggu lebih lama untuk memecah rekod mata Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas terikat tanpa jaringan dengan Huddersfield di Stadium Etihad, malam ini.

City, yang menjulang trofi EPL di depan penyokong sendiri, hanya melakukan dua percubaan tepat sepanjang aksi, tatkala pelawat yang berdepan risiko penyingkiran meraih mata penting.

Keputusan seri itu bermakna City kini mengumpul 94 mata, hanya kekurangan satu berbanding yang direkodkan Chelsea pada kempen 2004/05 dengan berbaki dua aksi.

Huddersfield pula masih boleh bernafas apabila dipisahkan tiga mata dengan zon penyingkiran menjelang pertemuan pertengahan minggu dengan Chelsea

– REUTERS

scroll to top