Tuesday , 23 July 2019

Home » Dunia » Demokrat tuntut dokumen bukti Trump terima bayaran asing

Demokrat tuntut dokumen bukti Trump terima bayaran asing

July 9, 2019 11:51 am Category: Dunia A+ / A-
Demokrat tuntut dokumen bukti Trump terima bayaran asing

Senator Richard Blumenthal dari Connecticut.

WASHINGTON,. Demokrat Amerika Syarikat (AS) menggunakan satu kes mahkamah untuk menuntut dokumen perniagaan daripada Presiden Donald Trump bertujuan membuktikan bahawa ia melanggar peruntukan antirasuah Perlembagaan AS.

Sekumpulan lebih 200 ahli parlimen Demokrat berkata dalam satu kenyataan, sebagai sebahagian daripada pendakwaan di mahkamah persekutuan, mereka sudah mengeluarkan 37 sapina kepada Organisasi Trump dan entiti lain.

Ia bertujuan mendapatkan maklumat berhubung bayaran kerajaan asing yang diterima oleh empayar perniagaan hartanah beliau.

“Matlamat kami adalah mudah dan jelas, untuk menyekat Presiden Trump daripada meletakkan tanda ‘Untuk Dijual’ dalam bahasa Russia di pintu ke Pejabat Oval,” kata seorang senator dari Connecticut, Richard Blumenthal, yang juga plaintif utama dalam tuntutan itu.

Jabatan Keadilan AS yang mewakili Trump dalam kes mahkamah berkenaan gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

Trump seorang pemaju hartanah berjaya mengekalkan milikan ke atas perniagaannya namun menyerahkan urusan harian kepada anak lelakinya.

Pada 2017, Demokrat memfailkan dakwaan menuduh Trump meraih keuntungan secara haram dari perniagaannya dalam pelbagai cara termasuk mengutip bayaran daripada pegawai kerajaan asing yang menginap di premis miliknya.

Beliau turut menerima pendaftaran cap dagangan di seluruh dunia untuk produk syarikatnya. – Reuters

scroll to top