Sunday , 16 December 2018

Home » Dunia » Denda, penjara pasangan intip telefon

Denda, penjara pasangan intip telefon

April 3, 2018 11:01 am Category: Dunia, Teknologi A+ / A-
Denda, penjara pasangan intip telefon

RIYADH,. Pasangan berkahwin di Arab Saudi yang bercadang untuk ‘mengintip’ telefon pasangan perlu berfikir dua kali kerana kerajaan mengisytiharkan perbuatan itu satu jenayah.

Kementerian Penerangan Arab Saudi dalam satu kenyataan mengesahkan, tindakan ‘mengintip’ telefon pasangan boleh menyebabkan pesalah didenda dan penjara setahun.

Sabit kesalahan individu yang melakukan tindakan itu boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara setahun.

Peraturan itu adalah sebahagian daripada undang-undang anti-siber baharu yang berkuat kuasa minggu lalu.

Kementerian berkata, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka.

Langkah itu dibuat ketika berlakunya peningkatan jenayah siber seperti memeras ugut, penyelewengan dan fitnah.

– AFP

scroll to top