Tuesday , 19 June 2018

Home » Nasional » Didik masyarakat kesan kanser peringkat awal

Didik masyarakat kesan kanser peringkat awal

March 14, 2018 1:36 pm Category: Nasional A+ / A-
Didik masyarakat kesan kanser peringkat awal

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berucap merasmikan Persidangan Gala Makan Malam Tahunan Coloproctology di Hotel Holiday Inn, Melaka. - Foto ihsan Jabatan Ketua Menteri

MELAKA,. Semua pihak di negara ini digesa meningkatkan kepakaran masing-masing terhadap usaha memerangi penyakit barah terutama kanser kolorektal.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata kanser kolorektal atau usus besar kini menjadi penyakit paling lazim dihidapi dalam kalangan negara maju dan Melaka juga tidak terkecuali.

Oleh itu, katanya, negara memerlukan lebih banyak pakar untuk membendung dan merawat penyakit berkenaan pada peringkat awal.

“Kerajaan, terutama negeri Melaka menyokong usaha rawatan perubatan dan pembedahan moden berkaitan kanser, termasuk program penyaringan jangkitan.

“Kita juga perlu meningkatkan lagi pendidikan kesihatan kepada orang ramai. Ini kerana, mereka perlu dimaklumkan bahawa penyakit itu (kanser) kini boleh dirawat jika ia dapat dikesan dengan lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Gala Makan Malam Tahunan Coloproctology di Hotel Holiday Inn di sini.

Persidangan anjuran Persatuan Pakar Bedah Kolorektal Malaysia (MSCRS) itu dihadiri seramai kira-kira 200 pakar bedah tempatan dan antarabangsa dari Singapura, Taiwan, Filipina dan Indonesia.

Sementara itu, Idris turut mengucapkan tahniah kepada pakar bedah terhadap usaha berterusan mereka dalam meningkatkan diri dan pengetahuan melalui penganjuran mesyuarat dan persidangan.

“Sebagai negeri maju, Melaka mempunyai lima hospital pakar yang menyediakan perkhidmatan kesihatan pakar.

“Penjagaan kesihatan berkualiti tidak akan dikompromi semua pihak jika Malaysia tetap relevan sebagai negara maju,” katanya.

scroll to top