Monday , 26 February 2018

Home » Bisnes » Digi.Com bayar RM13.86j kepada Telenor

Digi.Com bayar RM13.86j kepada Telenor

January 18, 2018 1:03 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Digi.Com bayar RM13.86j kepada Telenor

PETALING JAYA,. Digi.Com Bhd bersetuju membayar sejumlah RM13.86 juta kepada kumpulan Telenor dalam satu perjanjian penyelesaian bagi membatalkan Memorandum Persefahaman (MoU) dan tempahan perkhidmatan bagi infrastruktur teknologi maklumat (IT).

Dalam satu kenyataan yang difailkan di Bursa Malaysia, Digi berkata anak syarikat milik penuh Digi Telecommunications Sdn Bhd (DTSB) sudah memasuki satu penyelesaian dengan Telenor IT Asia Sdn Bhd (TITA) dan Telenor Global Shared Services AS (GSS) untuk keluar daripada MoU dan tempahan perkhidmatan infrastruktur IT yang dimeterai antara ketiga-tiga pihak masing-masing pada 7 November 2014 dan 25 November 2016.

“Perjanjian penyelesaian itu akan membolehkan pihak terbabit mencapai penyelesaian secara baik untuk cabaran berhubung tahap kos, kualiti dan menghuraikan isu-isu komersial dalam projek semasa dan perkhidmatan di bawah MoU dan tempahan perkhidmatan itu, yang tidak terlihat pada ketika ia dimeterai,” kata Digi dalam satu kenyataan.

“Penyelesaian muktamad dibuat susulan persetujuan bersama antara DTSB, GSS dan TITA untuk menamatkan dan keluar daripada MoU dan tempahan perkhidmatan itu, dan dibebaskan daripada tanggungjawab masing-masing di bawahnya sebaik mungkin dari segi manfaat dan keberkesanan kos,” katanya.

scroll to top