Saturday , 15 December 2018

Home » Bisnes » Digital perkukuh produktiviti PKS

Digital perkukuh produktiviti PKS

November 2, 2018 6:08 pm Category: Bisnes, Dewan Rakyat, Nasional, Teknologi A+ / A-
Digital perkukuh produktiviti PKS

KUALA LUMPUR,. Pendigitalan boleh meningkatkan produktiviti dalam ekonomi melalui penggunaan sumber yang cekap, akses lebih mudah kepada maklumat serta capaian pasaran lebih luas.

Produktiviti yang lebih tinggi memberi pulangan modal lebih besar dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan.

Teknologi digital dapat dimanfaatkan oleh perniagaan untuk meningkatkan operasi, pengeluaran dan daya saing terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mencakupi 85 peratus daripada jumlah perniagaan di Malaysia.

Peningkatan produktiviti melalui teknologi digital adalah penting bagi PKS untuk terus berkembang namun kehadiran dalam talian bagi kebanyakan daripada PKS masih kurang meskipun memiliki sambungan internet.

Keadaan ini menyebabkan PKS mempunyai capaian yang terhad kepada bakal pelanggan serta pemasaran barangan dan mempunyai capaian yang terhad kepada bakal pelanggan serta pemasaran barangan dan perkhidmatan yang kurang efektif.

Selain faktor lebar jalur rendah dan pelayan selamat yang kurang mencukupi, kekurangan kehadiran dalam talian turut mengakibatkan pencapaian Malaysia dalam Business Digital Adoption Index (World Bank, 2018) lebih rendah berbanding kebanyakan negara anggota ASEAN.

PKS masih ketinggalan dalam beberapa bidang yang boleh ditambah baik termasuk perkhidmatan pelanggan dalam talian, penghantaran produk serta pengambilan dan latihan kakitangan.

Kebanyakan subsektor dalam sektor perkhidmatan tidak mengoptimumkan penggunaan internet kecuali hartanah dan perniagaan, kewangan dan insurans serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Memandangkan 88.9 peratus daripada jumlah PKS adalah dalam sektor perkhidmatan, maka terdapat keperluan untuk mempercepatkan pendigitalan bagi meningkatkan produktiviti.

Sementara itu, setiap tambahan pelaburan sebanyak RM1 bilion dalam ICT akan meningkatkan output sebanyak RM1.9 bilion berbanding subsektor borong dan runcit (RM1.6 bilion) serta hartanah dan perkhidmatan perniagaan (RM1.6 bilion).

Pada masa sama, sektor perkhidmatan dijangka mendapat manfaat paling banyak daripada pelaburan terbabit berikutan kesan pengganda diikuti oleh sektor pembuatan dan pembinaan.

Berdasarkan analisis ini, pelaburan dalam ICT terbukti meningkatkan pengeluaran dengan ketara dan oleh itu PKS perlu mentransformasikan perniagaan untuk bersaing dan kekal relevan dalam suasana persekitaran yang berubah dengan pantas.

scroll to top