Tuesday , 16 October 2018

Home » Nasional » DJ Radio Tempatan Ukir Nama Di Dunia Kollywood

DJ Radio Tempatan Ukir Nama Di Dunia Kollywood

January 18, 2018 10:27 am Category: Nasional A+ / A-
DJ Radio Tempatan Ukir Nama Di Dunia Kollywood

Gheetha Ammasee

KUALA LUMPUR,. Bukan mudah bagi pelakon dari Malaysia untuk memasuki industri perfileman Tamil di India kerana negara itu sendiri dibanjiri dengan banyak bakat bertaraf antarabangsa.

Namun, DJ radio tempatan Gheetha Ammasee berjaya melakar sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia pertama menerima watak utama atau sebagai heroin di India melalui filem ‘Kaaval’ dan ‘Sangu Chakkaram’ sekali gus menerima anugerah serta mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBR), baru-baru ini.

 'Kaaval'

‘Kaaval’

Gheetha yang lebih dikenali sebagai ‘Punagai Poo’ Geetha dalam kalangan rakyat Malaysia memberitahu Bernama bahawa pelbagai cabaran dihadapinya sepanjang berlakon di negara itu termasuk perlu memberikan komitmen tinggi tanpa menunjukkan penat.

Katanya komitmen tersebut bukan hanya bagi menjaga nama baik dirinya, malah melihat ia sebagai tanggungjawab yang digalas mewakili Malaysia.

'Sangu Chakkaram'

‘Sangu Chakkaram’

Negara India sendiri dibanjiri dengan ramai pelakon, jadi apabila mereka pilih seorang pelakon dari luar negara, pelakon itu harus memberikan komitmen yang tinggi. Saya tidak mahu kru perfileman di India anggap pelakon Malaysia cepat penat dan anggap lebih baik pilih pelakon India kerana saya mewakili semua pelakon di negara ini.

scroll to top