Monday , 20 August 2018

Home » Sukan » Djokovic ke separuh akhir

Djokovic ke separuh akhir

July 12, 2018 7:02 am Category: Sukan A+ / A-
Djokovic ke separuh akhir

Novak Djokovic

LONDON,. Juara tiga kali, Novak Djokovic melangkah ke separuh akhir kejohanan tenis Wimbledon selepas menundukkan pemain Jepun, Kei Nishikori 6-3, 3-6, 6-2, 6-2 sebentar tadi.

Djokovic, 31, akan bermain pada separuh akhir ke-32 baginya yang mana dia bertemu sama ada pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal atau pilihan kelima, Juan Martin del Potro.

Perlawanan itu juga menjadi perlawanan separuh akhir pertama buat Djokovic dalam kejohanan utama sejak Terbuka Perancis 2016 apabila dia melengkapkan karier Grand Slam.

Pemenang 12 gelaran Grand Slam itu tetap memenangi perlawanan meskipun dua kali melanggar peraturan dan mendakwa pengadil Carlos Ramos sebagai ‘berat sebelah’.

“Saya rasa amaran yang pertama tidak perlu,” kata Djokovic yang diberi amaran pada set kedua kerana mencampak raket ke gelanggang.

“Ia tidak merosakkan rumput itu. Kei melakukan perkara sama pada set kedua tapi tidak diberi amaran.

“Pengadil kata beliau tidak melihatnya. Saya tak rasa ia adil tapi itulah yang berlaku.”

Djokovic melahirkan kegembiraan melangkah ke separuh akhir acara Grand Slam itu.

“Saya sudah meningkatkan permainan sejak beberapa minggu lalu dan kini berada di kemuncak prestasi.”

– AFP

scroll to top