Thursday , 20 June 2019

Home » Nasional » Dr Mahathir, isteri ucap selamat menyambut Hari Wesak

Dr Mahathir, isteri ucap selamat menyambut Hari Wesak

May 19, 2019 4:43 am Category: Nasional A+ / A-
Dr Mahathir, isteri ucap selamat menyambut Hari Wesak

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada rakyat Malaysia yang beragama Buddha.

“Sekali lagi rakyat Malaysia yang beragama Buddha dapat menyambut Hari Wesak dengan aman dan tenteram. Ini mengingatkan kita semua sebagai rakyat Malaysia, betapa beruntungnya kita dapat hidup aman damai di dalam kepelbagaian kita.

“Saya dan isteri ucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak,” kata beliau menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi @chedetofficial.

Hari Wesak yang akan disambut esok adalah bagi menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya.

Ia merupakan antara festival paling meriah, dengan perarakan kereta berhias yang diserikan dengan hiasan dan bunga-bungaan berwarna-warni.

— BERNAMA

scroll to top