Wednesday , 24 July 2019

Home » Bencana » Dr Mahathir ucap takziah kepada keluarga mangsa gempa di Lombok

Dr Mahathir ucap takziah kepada keluarga mangsa gempa di Lombok

March 18, 2019 2:56 pm Category: Bencana, Dunia, Nasional A+ / A-
Dr Mahathir ucap takziah kepada keluarga mangsa gempa di Lombok

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam gempa bumi yang berlaku di wilayah Lombok pada Ahad.

“Saya ambil maklum mengenai perkembangan terkini kejadian gempa di Lombok, Indonesia. Saya rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh berhubung dengan pejabat Kedutaan kita di sana,” kata Dr Mahathir menerusi catatan di laman Twitter beliau.

Sehingga kini, Wisma Putra mengesahkan dua orang warganegara Malaysia meninggal dunia akibat gempa bumi itu, tujuh mangsa mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Lombok manakala 13 orang lagi terselamat.

Kesemua mangsa adalah dari sekumpulan 22 warganegara Malaysia yang berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru ketika gempa berukuran 5.0 pada Skala Richter berlaku pada 3.07 petang waktu tempatan.

— BERNAMA

scroll to top