Sunday , 16 December 2018

Home » Nasional » Dr Wan Azizah lawat OCIS

Dr Wan Azizah lawat OCIS

December 7, 2018 10:21 am Category: Nasional A+ / A-
Dr Wan Azizah lawat OCIS

Dr Wan Azizah disambut Muhammad Afifi (kiri) dan Makepeace (tiga, kanan) semasa tiba bagi mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), 6 Dis, 2018. --fotoBERNAMA

LONDON,. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), sebuah pusat bebas diiktiraf Universiti Oxford, kira-kira 83km dari sini, pada Khamis.

Kunjungan Timbalan Perdana Menteri ke pusat berkenaan disambut oleh Pendaftarnya, Richard Makepeace, yang juga Felo Kolej St Cross, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, Felo Pengajian Islam OCIS dan Dr Basil A. J. Mustafa, bendahari kanan dan Felo Nelson Mandela dalam Pengajian Pendidikan di OCIS.

Dr Wan Azizah meluangkan masa kira-kira sejam melawat pusat itu yang diasaskan pada 1985 untuk menggalakkan kajian ilmiah Islam dan dunia Islam.

Semasa lawatan itu, beliau diiringi oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Mohd Suhaimi Jaafar serta beberapa pegawai kanan kerajaan.

Dr Wan Azizah, yang tiba pada Rabu untuk lawatan rasmi tiga hari ke negara ini, kemudian menghadiri jamuan tengah hari serta perbincangan dengan para cendekiawan Islam di pusat berkenaan.

Ini merupakan lawatan rasmi sulungnya ke negara ini selepas dilantik dalam barisan Kabinet pada 21 Mei lalu susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

— BERNAMA

scroll to top