Tuesday , 24 April 2018

Home » Bisnes » Dua laptop kerja HP

Dua laptop kerja HP

February 16, 2018 10:23 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Dua laptop kerja HP

HP ELITEBOOK 800

HP Inc mempunyai dua produk ditawarkan kepada pengguna termasuk siri HP EliteBook 800 dan stesen kerja (laptop) HP ZBook 14u/15u.

HP EliteBook 800 menjadi laptop yang disesuaikan untuk pekerja dengan ciri mudah bawa ke mana saja atau pengganti desktop di pejabat bersama teknologi mikrofon yang menghilangkan bunyi bising.

Ia bertujuan memberi audio lebih baik ketika anda sedang mengadakan sidang video bermesyuarat dan sebagainya.

Laptop ini mempunyai jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 15 jam manakala fungsi cas pantasnya membolehkan laptop dicas sehingga 50 peratus dalam tempoh masa 30 minit saja.

Manakala model laptop stesen kerja HP ZBook 14u/15u mempunyai teknologi skrin privasi yang mengelakkan orang lain melihat kerja sedang dilakukan pemiliknya.

Stesen kerja HP ZBook 14u/15u datang dengan pemprosesan Intel Core Quad Core bersama vPro di samping grafik jenis AMD Radeon Pro untuk beban kerja kerap.

HP ELITEBOOK 800

• HARGA: Bermula RM4,000

• MODEL: HP EliteBook 830 / HP EliteBook 840 / HP EliteBook 850

• SKRIN: 13.3 inci / 14 inci / 15.6 inci

• KENIPISAN: 17.7mm / 17.9mm / 18.25mm

• BERAT: 1.33kg / 1.48kg / 1.78kg

• OS: Windows 10 Pro

• PEMPROSESAN: Intel Core quad core Gen-8

• GRAFIK: AMD Radeon RX540

• CAS: 50 peratus untuk 30 minit

HP ZBOOK 14U/15U

• HARGA: Bermula RM6,000

• PEMPROSESAN: Intel Core i7 Gen-7

• OS: Windows 10 Pro

• MEMORI: sehingga 32GB DDR4 SDRAM

• STORAN: 500GB SATA SSD

• SKRIN: 14 inci / 15 inci

• GRAFIK: AMD FirePro W4190M

scroll to top