Thursday , 20 June 2019

Home » Bencana » Dua maut akibat gempa bumi di Peru, Ecuador

Dua maut akibat gempa bumi di Peru, Ecuador

May 28, 2019 12:40 pm Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Dua maut akibat gempa bumi di Peru, Ecuador

LIMA,. Dua disahkan maut dalam kejadian gempa bumi yang menggegarkan beberapa bahagian di Peru dan Ecuador, manakala lebih 30 lagi mangsa dilaporkan cedera.

Kejadian gempa bumi berukuran lapan magnitud itu berlaku pada Ahad lalu dan ia melanda lembangan Amazon, Peru yang tidak mempunyai ramai penduduk.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menerima laporan dari kawasan terjejas dan gempa itu turut dirasai di Lima dan beberapa bandar lain, mengakibatkan penduduk lari menuju ke jalan raya.

“Kami menerima dua laporan kematian akibat gempa bumi.

“Mangsa kedua membabitkan seorang mangsa berusia 15 tahun yang cedera pada bahagian kepala selepas ditimpa runtuhan di kediamannya,” kata penyelaras pertahanan awam, Ricardo Seijas kepada rangkaian televisyen Chanel N.

Katanya, remaja lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaannya ketika dirawat di sebuah hospital di La Libertad, di utara Peru.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 48 tahun, dilaporkan maut pada Ahad lalu akibat terkena serpihan runtuhan ketika sedang tidur di rumahnya di Cajamarca, juga di utara Peru.

Kejadian gempa bumi itu berlaku pada jam 2.41 pagi (waktu tempatan).

Menurut Seijas, setakat ini, seramai 15 penduduk disahkan cedera, manakala ratusan lagi bangunan rosak atau musnah akibat gempa bumi itu. – AFP

scroll to top