Monday , 20 August 2018

Home » Bencana » Dua wartawan buat liputan ribut maut ditimpa pokok

Dua wartawan buat liputan ribut maut ditimpa pokok

May 29, 2018 10:56 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Dua wartawan buat liputan ribut maut ditimpa pokok

Mike McCormick dan wartawan foto, Aaron Smeltzer

CAROLINA UTARA,. Seorang pembaca berita dan jurukamera dari sebuah stesen televisyen tempatan di sini maut selepas kenderaan yang mereka naiki ditimpa pokok ketika sedang membuat liputan mengenai ribut di Polk County, semalam.

Pembaca berita WYFF, Mike McCormick dan wartawan foto, Aaron Smeltzer meninggal dunia selepas kenderaan utiliti sukan yang mereka naiki ditimpa pokok di lebuh raya.

Ketua Jabatan Bomba Tryon, Geoffrey Tennant berkata, beliau sebelum itu ditemuramah oleh McCormick apabila menerima panggilan telefon berhubung nahas berkenaan dan mendapati kedua mangsa adalah lelaki yang ditemuinya.

“Saya secara peribadi agak terkesan dengan kejadian ini kerana saya ditemuramah oleh mendiang McCormick, kira-kira 10 minit sebelum menerima panggilan mengenai kejadian itu.

“Kami sempat berbual seketika. Beliau memberitahu, mahu melihat kami berhati-hati dan kami juga menyatakan perkara yang sama kepadanya,” kata Tennant kepada media.

Menurut Tennant, tanah di kawasan kejadian menjadi terlalu basah akibat hujan dan sebatang pokok besar dengan lebar kira-kira 1 meter tumbang di atas kenderaan mangsa ketika mereka sedang memandu di sepanjang Lebuh Raya 176.

“Ia adalah bencana alam semula jadi. Saya fikir akar pokok itu sudah tidak mampu bertahan dan hanya menunggu masa untuk tercabut dari tanah,” kata Tennant lagi.

McCormick menyertai stesen televisyen WYFF sejak tahun 2007 sebagai wartawan dan kemudian dilantik sebagai pembaca untuk dua siaran hari Ahad manakala Smeltzer menyertai WYFF pada Februari tahun ini. Kedua-duanya dilahirkan pada tahun 1982.

– Reuters

scroll to top