Tuesday , 23 July 2019

Home » Dunia » Dunia tanggung kerugian US1.3 bilion sehari akibat kemusnahan tanah – PBB

Dunia tanggung kerugian US1.3 bilion sehari akibat kemusnahan tanah – PBB

July 11, 2019 7:16 am Category: Dunia A+ / A-
Dunia tanggung kerugian US1.3 bilion sehari akibat kemusnahan tanah – PBB

NEW DELHI,. Kemusnahan tanah di seluruh dunia mengakibatkan kerugian sebanyak US$1.3 bilion setiap hari, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa agar langkah segera diambil bagi mengekang ancaman yang semakin meningkat terhadap keselamatan makanan.

Ibrahim Thiaw, Setiausaha Eksekutif Konvensyen PBB bagi Memerangi Penggurunan (UNCCD), berkata kemusnahan tanah pertanian mungkin mewujudkan krisis migrasi besar-besaran kerana penduduk akan melarikan diri dari kawasan yang mengalami kekurangan sumber makanan.

“Kita kehilangan sebanyak US$1.3 bilion setiap hari akibat kemusnahan tanah. Ini adalah cara bagaimana ia boleh menjejaskan kemanusiaan,” kata Ibrahim kepada pemberita di New Delhi pada Selasa.

Beliau berkata kemarau di banyak bahagian di dunia menjadi lebih kerap dan teruk, yang menyebabkan kekurangan air untuk kawasan bandar, pengeluaran makanan lebih rendah dan kebimbangan berlaku pergolakan awam yang lebih tinggi.

Pertumbuhan populasi telah meningkatkan permintaan untuk sumber asli dan satu “tipping point” telah lama berlaku di banyak bahagian di dunia,” kata Ibrahim.

Semua rantau, termasuk Asia Tenggara, negara-negara Mediterranean dan Amerika Latin, terjejas akibat kemusnahan tanah, katanya kepada Bernama.

“Ia adalah satu fenomena global. Afrika paling terjejas,” katanya.

Perhimpunan Agung PBB pada Mac telah mengisytiharkan Dekad PBB berkaitan Pemulihan Ekosistem, yang bertujuan mempercepat pemulihan ekosistem yang musnah dan rosak bagi memerangi krisis iklim serta meningkatkan keselamatan makanan, bekalan air dan biodiversiti.

Ia menyokong inisiatif Cabaran Bonn yang bertujuan memulihkan 350 juta hektar ekosistem yang musnah menjelang 2030.

— BERNAMA

scroll to top