Friday , 15 December 2017

Home » Dunia » Duterte isytihar komunis pengganas

Duterte isytihar komunis pengganas

December 6, 2017 10:17 am Category: Dunia, Nasional A+ / A-
Duterte isytihar komunis pengganas

Rodrigo Duterte

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan pemberontak komunis sebagai ‘pengganas’.

Jurucakapnya Harry Roque berkata, kenyataan itu dibuat Duterte seminggu selepas membatalkan rundingan damai dengan kumpulan pemberontak paling lama di Asia.

Duterte menandatangani perintah mengisytiharkan dua kumpulan komunis sebagai ‘organisasi pengganas’ tetapi masih memerlukan kelulusan mahkamah untuk ia berkuat kuasa.

Dalam usaha untuk mengadakan rundingan, tahun lalu Duterte membebaskan pemimpin tertinggi pemberontak daripada penjara dan mengadakan pertemuan di istana presiden.

Bagaimanapun, proses rundingan damai itu menemui jalan buntu apabila tentera dan polis diserang hingga membangkitkan kemarahan Duterte.

Pengisytiharan itu membabitkan Parti Komunis Filipina (CPP) dan sayap bersenjata yang terdiri daripada 3,800 anggota dan Tentera Rakyat Baru (NPA).

Tindakan itu juga susulan pengisytiharan Amerika Syarikat pada 2002 yang meletakkan dua kumpulan itu sebagai ‘organisasi pengganas luar’.

– AFP

scroll to top