Sunday , 16 December 2018

Home » Bisnes » Edisi baharu Yamaha MT-07 diperkenalkan

Edisi baharu Yamaha MT-07 diperkenalkan

November 27, 2018 11:13 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Edisi baharu Yamaha MT-07 diperkenalkan

Superbike MT-07

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan edisi terbaharu Superbike MT-07, bertemakan ‘Dark Attraction’ untuk pasaran tempatan bermula Oktober.

Antara pembaharuan yang terdapat pada edisi ini termasuk sistem suspensi yang mana fork depannya menerima tetapan semula manakala suspensi belakang dilengkapi pelarasan lantunan.

Breknya juga dipertingkat dengan pemasangan sistem ABS untuk kedua-dua tayar depan dan belakang. Malah, reka bentuk tempat duduknya juga direka semula untuk keselesaan penunggang.

Penampilan berbeza

Dari segi penampilan, terdapat sedikit perubahan termasuk di bahagian panel sisi serta reka bentuk lampu belakang untuk pencahayaan baharu.

Seperti sebelum ini, MT-07 masih menggunakan enjin dua silinder selari ‘crossplane’ 689 cc DOHC yang mampu menghamburkan 73.7 kuasa kuda (hp pada 9,000 rpm dan tork 68 Nm pada 6,500 rpm.

Dijual pada harga RM38,288 (tidak termasuk insurans), edisi terbaharu itu memperkenalkan dua warna baharu, iaitu Race Blu dan Matt Grey, bagaimanapun, hanya Race Blu mula dijual pada masa ini, manakala Matt Grey boleh didapatkan bermula Januari 2019.

Sebagai tambahan, pembeli juga akan menerima kunci cakera brek tahan karat yang mempunyai logo Yamaha.

INFO: Superbike MT-07

Dua warna: Race Blu dan Matt Grey

Dilengkapi ABS

Dijual bermula Oktober

Harga RM38,288 (tidak termasuk insurans)

scroll to top