Friday , 15 December 2017

Home » Ekonomi » Ekonomi Malaysia Terus Mengukuh Dan Berkembang 6.2 peratus – BNM

Ekonomi Malaysia Terus Mengukuh Dan Berkembang 6.2 peratus – BNM

November 17, 2017 5:56 pm Category: Ekonomi, Nasional A+ / A-
Ekonomi Malaysia Terus Mengukuh Dan Berkembang  6.2 peratus – BNM

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia terus mencatatkan prestasi kukuh dengan mengatasi jangkaan pada kadar 6.2 peratus pada suku ketiga 2017.

Pertumbuhan kukuh 6.2 peratus itu adalah terbaik sejak suku kedua 2015.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata pertumbuhan itu disokong oleh permintaan domestik dan peningkatan eksport yang kukuh.

Beliau berkata, semua sektor ekonomi terus mencatatkan pengembangan pada suku dikaji, dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal sebagai pemacu pertumbuhan.

“Dengan prestasi pertumbuhan ini, ekonomi Malaysia berada pada kedudukan mantap untuk mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi keseluruhan 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2017, di sini, hari ini.

Pada suku ketiga, kadar inflasi berkurangan kepada 3.8 peratus.

Ringgit juga terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku dikaji, disokong perkembangan domestik.

scroll to top