Wednesday , 24 July 2019

Home » Bisnes » Eksploitasi peniaga jadi cabaran besar

Eksploitasi peniaga jadi cabaran besar

August 23, 2018 6:16 pm Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Eksploitasi peniaga jadi cabaran besar

DATUK Seri Subromaniam Tholasy, mengadakan Sidang Media selepas menyempurnakan Program Hand-holding SST, di Dewan Serbaguna, Aras 3, Wisma Kastam, Petrajaya Kuching.

PETRA JAYA,. Eksploitasi peniaga tamak mengambil kesempatan menaikkan harga barang atau mengekalkan paras harga ketika regim Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenal pasti berisiko menjejaskan usaha kerajaan menurunkan kos sara hidup.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam, berkata sebanyak 5,443 barang dikecualikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), berbanding kira-kira 500 barang saja ketika era GST.

“Beginilah, Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) sudah memaklumkan kalau banding GST dulu…SST skopnya tidaklah selebar GST. Jadi, beban cukai kepada pengguna sudah separuh hilang, tetapi harga barang sama ada turun atau naik, saya tidak mahu sentuh sebab ada banyak faktor menentukan harga barang.

“Bukan semata-mata cukai saja yang menentukan turun naik harga barang, namun kalau kita tengok kebanyakan barang tidak dikenakan cukai dan apa kaitannya dengan SST?” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Taklimat GST Bersama Peniaga di Wisma Kastam Sarawak, di sini hari ini.

Dianggarkan, sebanyak 6,400 jenis barangan bakal dikenakan SST, berbanding 11,197 barangan di bawah (GST).

Subromaniam, ketika mengulas lanjut, berkata Kastam memberi komitmen penuh untuk membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membanteras eksploitasi peniaga tidak bertanggungjawab terutama membabitkan aspek teknikal.

“Aspek teknikal berkenaan merangkumi proses mengenal pasti barang mana yang dicukai dan tidak dicukai, sekali gus secara langsung membantu kementerian terbabit memantau harga barang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, di Sarawak, sebanyak 3,794 syarikat didaftar secara automatik di bawah SST, berbanding lebih 30,000 syarikat di bawah GST.

“Sehingga kini, sebanyak 77,451 syarikat di seluruh negara sudah didaftarkan secara automatik di bawah SST, berbanding 472,000 syarikat di bawah GST,” katanya.

Daripada 77,451 syarikat itu, sebanyak 32,557 syarikat adalah pendaftar bagi cukai jualan, manakala 44,874 adalah pendaftar cukai perkhidmatan.

Cukai bagi jualan ditetapkan pada kadar 10 peratus, manakala cukai perkhidmatan adalah enam peratus.

scroll to top