Wednesday , 24 July 2019

Home » Nasional » Elizabeth Tan duta BAM

Elizabeth Tan duta BAM

March 23, 2019 10:52 am Category: Nasional, Sukan A+ / A-
Elizabeth Tan duta BAM

Elizabeth Tan sebagai duta badan induk itu bagi mempromosikan sukan berkenaan menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

KUALA LUMPUR,. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memilih penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan sebagai duta badan induk itu bagi mempromosikan sukan berkenaan menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata selaras dengan komitmen badan induk itu yang mahu mengetengahkan pemain muda di pentas antarabangsa, kehadiran Elizabeth diharap mampu memberikan impak positif khususnya dalam menarik minat golongan muda bagi memberikan sokongan.

“Dalam perjalanan kami bagi mengharungi kempen kelayakan Olimpik Tokyo 2020 yang bermula 1 Mei depan, kami berharap seluruh rakyat Malaysia akan bersama kami.

“Kami berharap kehadiran Elizabeth dapat memberikan impak yang besar terutama bagi menarik minat generasi muda. Kami tahu Elizabeth mempunyai pengikut hampir dua juta di laman sosial,” kata Norza ketika sidang media berhubung kerjasama itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, hari ini.

Sementara itu, Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy mengakui berbesar hati berpeluang membabitkan diri dalam sukan itu dan berharap dapat memberikan sumbangan bagi menarik lebih ramai peminat bagi memberikan sokongan kepada badminton.

“Saya tidak pernah terbabit dengan perkara seperti ini dan saya teruja.

“Saya harap boleh berikan sumbangan kepada sukan ini dengan menarik lebih ramai sokongan peminat menerusi laman sosial selain menunjukkan kepada masyarakat apa yang dilakukan atlet badminton.

“Berbanding bola sepak, mereka tidak perlu duta kerana orang ramai sentiasa memberikan sokongan dan dalam perkara ini, badminton perlu diberikan kredit, jadi saya mahu terlibat kerana bapa saya juga adalah peminat sukan badminton,” katanya.

scroll to top