Saturday , 15 December 2018

Home » Sukan » EPL: Alexandre Lacazette muncul penyelamat Arsenal

EPL: Alexandre Lacazette muncul penyelamat Arsenal

November 4, 2018 8:46 am Category: Sukan A+ / A-
EPL: Alexandre Lacazette muncul penyelamat Arsenal

Alexandre Lacazette (kanan) menjaringkan gol ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Liverpool di Stadium Emirates di London, England, 3 Nov, 2018. (Foto AP)

ALEXANDRE Lacazette muncul penyelamat Arsenal apabila berjaya jaringkan gol penyamaan 1-1 dengan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Jaringan tersebut sekali gus mengagalkan hasrat The Reds untuk pulang dengan tiga mata penuh.

Biarpun anak buah Unai Emery memberi saingan hebat dengan menguasai perlawanan, James Milner berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pertama pada aksi di minit ke-61 perlawanan.

Namun, kegembiraan tuan rumah tidak bertahan lama apabila Lacazette berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82.

Keputusan tersebut meletakkan Liverpool terus menghuni anak tangga pertama liga dengan 27 mata manakala Arsenal di tangga ke-4, ketinggalan empat mata.

scroll to top