Monday , 23 October 2017

Home » Sukan » EPL,Chelsea Tunduk Kepada Burnley

EPL,Chelsea Tunduk Kepada Burnley

August 13, 2017 10:10 am Category: Sukan A+ / A-
EPL,Chelsea Tunduk Kepada Burnley

LONDON: Chelsea dipalit kekalahan mengejut apabila tumbang 3-2 kepada Burnley pada aksi pembuka tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri, Stamford Bridge, sebentar tadi.

Turun ke padang selaku penyandang juara, Chelsea bermula dengan langkah kiri apabila terpaksa beraksi 10 pemain seawal minit ke-14 apabila Gary Cahill dilayangkan kad merah susulan kekasaran ke atas Steven Defour.

Burnley tidak menunggu lama untuk mendahului tuan rumah menerusi jaringan Sam Vokes pada minit ke-24, sebelum Stephen Ward menggandakan kedudukan pada minit ke-39.

Pemain Burnley aibkan Chelsea di Stamford Bridge

Pemain Burnley aibkan Chelsea di Stamford Bridge

Pelawat semakin selesa apabila meledak gol ketiga, juga menerusi Vokes yang menanduk masuk bola sepakan sudut oleh Steven Defour, dua minit sebelum babak pertama berakhir.

Tampil pada babak kedua dengan kurang seorang pemain, Chelsea berjaya merapatkan kedudukan apabila Alvaro Morata menyumbat gol pertama pada minit ke-69.

Begitupun, kedudukan skuad bimbingan Antonio Conte itu bertambah parah selepas tonggak tengah, Cesc Fabregas dilayangkan kad kuning kedua kerana melakukan kekasaran terhadap Jack Cork pada minit ke-81.

Kekurangan itu begitupun tidak menghalang Chelsea daripada menjaringkan gol kedua menerusi David Luiz, namun gol penyamaan yang dinanti-nantikan gagal dijelmakan sehingga wisel penamat ditiup.

Kekalahan adalah yang kedua buat Chelsea dalam tempoh dua minggu selepas tewas kepada Arsenal pada aksi Perisai Komuniti sebelum ini.

– AFP

scroll to top