Friday , 21 September 2018

Home » Dunia » Erdogan angkat sumpah penggal kedua

Erdogan angkat sumpah penggal kedua

July 10, 2018 7:54 am Category: Dunia A+ / A-
Erdogan angkat sumpah penggal kedua

Recep Tayyip Erdogan mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai pemimpin negara itu hari ini. - Foto AFP

ANKARA,. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai pemimpin negara itu hari ini, dengan mendapat kuasa penuh berbanding pemimpin Turki sebelumnya di bawah sistem baru yang disifatkan pembangkang sebagai pemerintahan tunggal.

Erdogan yang mengubah Turki dalam tempoh 15 tahun memerintah dengan membenarkan Islam memainkan peranan lebih besar dalam kehidupan awam dan meningkatkan kedudukannya di peringkat antarabangsa, mengangkat sumpah di parlimen untuk lima penggal selepas kemenangan pilihan raya pada bulan lalu.

“Saya bersumpah dengan kehormatan saya di hadapan seluruh negara Turki, saya akan bekerja dengan tidak berbelah bagi untuk memenuhi tugas saya,” kata Erdogan dalam sumpahnya.

Upacara itu disusuli dengan majlis mewah di istana pada sebelah petang tadi yang dihadiri puluhan pemimpin dunia meraikan perubahan kepada sistem eksekutif presiden baharu.

Erdogan bakal berdepan cabaran segera yang timbul akibat ketidakseimbangan jika ekonomi semakin pesat dan ketegangan dasar luar antara Barat dan Turki, anggota Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Pada masa sama, beliau berjanji menamatkan keadaan kecemasan yang berlaku sejak rampasan kuasa gagal pada Julai 2016 yang menyaksikan pembersihan terbesar dalam sejarah Turki moden.

– AFP

scroll to top