Saturday , 17 November 2018

Home » Bisnes » Erdogan ketuai dana pelaburan Turki

Erdogan ketuai dana pelaburan Turki

September 13, 2018 7:16 am Category: Bisnes, Dunia, Ekonomi A+ / A-
Erdogan ketuai dana pelaburan Turki

Presiden Recep Tayyip Erdogan

ANKARA,. Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam, mengumumkan pelantikannya sebagai pengerusi dana pelaburan milik kerajaan, selain menantunya, yang juga Menteri Kewangan, Berat Albayrak, sebagai timbalan pengerusi.

Sementara itu, Zafer Sonmez yang juga Ketua bagi Turki dan Afrika, Khazanah Nasional, iaitu dana pelaburan Kerajaan Malaysia, dilantik sebagai pengurus besar dana berkenaan.

Pelantikan Sonmez dibuat menerusi dekri presiden yang diterbitkan dalam warta rasmi kerajaan.

Berat Albayrak.

Berat Albayrak.

Bagaimanapun, salah seorang penasihat Erdogan, iaitu Yigit Bukut, dipecat daripada senarai lembaga pengarah dana terbabit.

Erdogan turut mengumumkan pelantikan Presiden Dewan Kesatuan dan Bursa Komoditi Turki (TOBB), Rifat Hisarciklioglu sebagai ahli lembaga pengarah baharu.

Pada tahun lalu, Erdogan dilaporkan berkata, dana itu memerlukan pengstrukturan semula selepas pengerusi pertamanya, Mehmet Bostan dipecat daripada jawatannya pada September 2017.

Dana yang ditubuhkan pada Ogos 2016, memiliki puluhan bilion aset, termasuk Bank Ziraat yang diambil alih pada 2017.

– AFP

scroll to top