Saturday , 19 January 2019

Home » Dunia » EU sekat Iran susulan komplot bunuh

EU sekat Iran susulan komplot bunuh

January 9, 2019 11:53 am Category: Dunia A+ / A-
EU sekat Iran susulan komplot bunuh

Gambar fail menunjukkan Rasmussen tiba untuk sidang kemuncak EU di Brussels, 13 Disember lalu. -Foto Agensi

THE HAGUE,. Perkhidmatan perisik Iran berdepan sekatan oleh Kesatuan Eropah (EU) semalam yang menuduh Tehran merancang pembunuhan di Belanda, Denmark dan Perancis.

Langkah oleh blok dianggotai 28 negara itu diumumkan selepas kerajaan Denmark mengeluarkan kenyataan, mereka yakin Iran adalah dalang pembunuhan dua penentang negara itu pada 2015 dan 2017.

“EU bersetuju melaksanakan sekatan sasaran ke atas Iran sebagai reaksi terhadap aktiviti keganasan dan plot pembunuhan dirancang serta dilaksanakan di Eropah termasuk Denmark.

“EU sepakat dalam hal ini, kesemua tindakan itu tidak boleh diterima dan memiliki akibatnya tersendiri,” kata Perdana Menteri Denmark, Lars Lokke Rasmussen menerusi Twitter.

Sekatan itu meliputi pembekuan dana dan aset kewangan lain ke atas kementerian perisikan Iran dan beberapa individu.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif bagaimanapun menyalahkan semua negara Eropah itu yang didakwa melahirkan pengganas.

“Menuduh Iran tidak membuatkan Eropah terlepas daripada bertanggungjawab kerana melahirkan pengganas,” katanya di Twitter.

Denmark mengetuai usaha melaksanakan sekatan itu selepas mendakwa Tehran cuba membunuh tiga penentang negara mereka di Denmark.

Gerakan memburu tiga rakyat Iran disyaki anggota Pergerakan Perjuangan Pembebasan Ahvaz (ASMLA) membawa kepada penutupan semua jambatan ke Sweden dan perkhidmatan feri pada 28 September lalu.

Perancis tahun lalu mengenakan sekatan ke atas dua ejen Iran dan beberapa individu lain dari pasukan perisik Iran serta kementerian keselamatan negara itu. – AFP

scroll to top