Monday , 23 April 2018

Home » Dunia » Eva Longoria terima Walk of Fame

Eva Longoria terima Walk of Fame

April 17, 2018 12:31 pm Category: Dunia A+ / A-
Eva Longoria terima Walk of Fame

LOS ANGELES: Pelakon Eva Longoria menerima penghormatan Hollywood Walk of Fame semalam dengan iringan ketawa dan air mata.

Rakan dan anggota keluarga berkumpul untuk meraikan aktres berusia 43 tahun itu, termasuk bintang pop Ricky Martin, pelakon Anna Faris dan Felicity Huffman, yang turut berlakon bersama Longoria dalam drama televisyen, Desperate Housewives selama lapan musim.
eva-longoria-t
“Saya berasa seperti masih gadis kecil dari Corpus Christi, Texas, yang ada impian besar dan rambut besar.

“Sebagai wanita dan berketurunan Latin, saya mewakili banyak komuniti, dan mahu memberitahu mereka, ini bukan bintang saya, ini bintang kita,” katanya.

Memulakan kerjaya dalam drama bersiri The Young dan The Restless dan General Hospital, Longoria mencipta kemasyhuran dan mendapat pencalonan Golden Globe, dan menang anugerah Screen Actors Guild, kerana peranannya sebagai salah satu watak utama Desperate Housewives.

Suami ketiga Longoria, Jose Antonio Baston, turut hadir di majlis berkenaan.

Longoria sedang hamil anak pertama dengan Baston.

Majlis semalam turut berkebetulan dengan tayangan filem terbaru Longoria, Overboard, yang turut dibintangi Faris dan pelakon Mexico, Eugenio Derbez, mengisahkan pemilik kapal layar yang mengalami amnesia selepas terjatuh.

– Reuters

scroll to top