Saturday , 19 January 2019

Home » Sukan » Fabregas sertai Henry

Fabregas sertai Henry

January 12, 2019 10:16 am Category: Sukan A+ / A-
Fabregas sertai Henry

Cesc Fabregas

PARIS,. Pemain tengah Sepanyol Cesc Fabregas menyempurnakan perpindahannya ke kelab Perancis AS Monaco dari Chelsea, umum kelab Inggeris berkenaan.

Pemain 31 tahun itu, yang beraksi untuk Arsenal dari tahun 2003 hingga 2011 dan Chelsea sejak 2014, memenangi Piala Dunia bersama Sepanyol pada tahun 2010 serta Kejuaraan Eropah pada 2008 dan 2012.

“Cesc Fabregas hari ini melengkapkan perpindahan secara tetap ke Monaco,” kata kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea di laman sesawang mereka dengan Monaco mengesahkan sudah menandatangani pemain itu sehingga Jun 2022.

Fabregas memenangi dua gelaran liga bersama Chelsea dan satu kejuaraan La Liga ketika menyarung jersi Barcelona dari tahun 2011 hingga 2014.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas khidmat cemerlang Cesc dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depan kariernya yang cukup cemerlang,” kata Chelsea.

Fabregas menjaringkan 22 gol sepanjang 198 penampilan untuk kelab London itu.

Monaco, yang dikendali bekas rakan sepasukan Fabregas di Arsenal, Thierry Henry, kini bergelut di tangga kedua tercorot Ligue 1 dan bakal berdepan aksi tetangga mencabar bertemu Olympique de Marseille esok.

“Ia satu penghargaan dapat menyertai Monaco, ia adalah projek baharu buat saya. Ia adalah skuad berkualiti dengan pemain-pemain muda dan jurulatih muda,” kata Fabregas merujuk kepada bekas penyerang Perancis, Henry.

“Saya tidak sabar untuk beraksi menentang Marseille Ahad ini.” – REUTERS

scroll to top