Thursday , 18 July 2019

Home » Dunia » Facebook bakal berdepan dua lagi siasatan

Facebook bakal berdepan dua lagi siasatan

February 1, 2019 12:13 pm Category: Dunia, Teknologi A+ / A-
Facebook bakal berdepan dua lagi siasatan

NEW YORK,. Facebook Inc mungkin berdepan sekurang-kurangnya dua lagi siasatan di Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan penyalahgunaan data pengguna, lapor Bloomberg semalam.

Laporan yang memetik sumber terdekat itu berkata, Peguam Negara Pennsylvania, Josh Shapiro dan rakan sejawatnya dari Illinois, Kwame Raoul sudah bekerjasama dengan Connecticut untuk memberi tumpuan kepada siasatan dakwaan sedia ada.

New York, New Jersey dan Massachusetts turut menyiasat gergasi media sosial terbabit dan cuba mendedahkan sebarang pelanggaran yang tidak diketahui.

Pejabat Peguam Negara Illinois enggan mengulas lanjut perkara terbabit, manakala pejabat peguam negara Pennsylvania dan Facebook gagal dihubungi untuk mendapatkan komen.

Facebook dan gergasi teknologi lain berdepan tekanan sejak lebih setahun lalu selepas satu pendedahan bahawa syarikat perunding British Cambridge Analytical memperoleh data berjuta-juta pengguna AS untuk dijadikan sasaran iklan pilihan raya.

Susulan pendedahan itu, beberapa syarikat berteknologi tinggi terpaksa memberi keterangan di Kongres tahun lalu. – Reuters

scroll to top