Wednesday , 17 July 2019

Home » Bisnes » Fama sasar 25 tan metrik roselle Pahang tahun ini

Fama sasar 25 tan metrik roselle Pahang tahun ini

June 27, 2019 7:19 am Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Fama sasar 25 tan metrik roselle Pahang tahun ini

KUANTAN,. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan pengeluaran roselle di Pahang meningkat kepada 25 tan metrik tahun ini berbanding 21 tan metrik tahun lepas.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata ia berikutan peningkatan permintaan berterusan terhadap hasil tanaman itu selain kesesuaian dua kawasan di Rompin dalam pertanian roselle.

“Pada tahun lepas, 10 tan metrik daripada jumlah hasil roselle adalah untuk eksport seperti Singapura, Hong Kong, China dan Australia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Usahawan FAMA di sini, hari ini.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata ia berikutan peningkatan permintaan berterusan terhadap hasil tanaman itu

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata ia berikutan peningkatan permintaan berterusan terhadap hasil tanaman itu

Ahmad berkata ketika ini, 55 petani dari Kampung Tebu Hitam dan Kampung Desa Murni di Rompin dekat sini, mengusahakan tanaman roselle melibatkan kawasan seluas 15 hektar.

Pada tahun hadapan, Ahmad berkata pihaknya berhasrat menambah 20 hektar lagi kawasan penanaman roselle di Pahang dengan bantuan kerajaan negeri.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan tanaman berkenaan ‘menjadi’ di Rompin ialah tanah yang sesuai, penggunaan benih yang baik dan kemahiran petani.

“Saya juga berharap petani di kawasan lain dapat menjadikan petani di Rompin sebagai contoh jika ingin menceburi penanaman roselle,” katanya.

Beliau berkata ketika ini FAMA membeli hasil roselle daripada petani pada RM4.70 sekilogram bagi gred premium untuk dieksport dan RM3.20 untuk roselle kegunaan tempatan.

Antara produk dihasilkan bagi tanaman yang mengeluarkan hasil selepas tiga bulan itu ialah kordial, jem dan teh.

— BERNAMA

scroll to top