Tuesday , 20 November 2018

Home » Bisnes » Figura baharu Mercedes-AMG CKD

Figura baharu Mercedes-AMG CKD

October 20, 2018 2:03 pm Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Figura baharu Mercedes-AMG CKD

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan Mercedes-AMG E 53 Sedan dan Mercedes-AMG E 53 Coupé, menjadi ‘Masterpiece of Intelligence’ dalam segmen eksekutif premium.

Pengenalan model pemasangan tempatan (CKD) terkini itu menyertai Mercedes-Benz E 300 AMG Line, yang diperkenalkan awal tahun ini, yang menyusul selepas Mercedes-Benz E 200 Avantgarde, E 250 Avantgarde, E 250 Exclusive serta Mercedes-AMG E 63 S.

“Pengenalan Mercedes-AMG E 53 dan E 53 Coupé baharu membuktikan pengukuhan kedudukan Mercedes-Benz dalam segmen sedan eksekutif premium,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine.

Dua model yang ditawarkan MBM itu tampil dengan rekaan lebih menonjol dengan gaya sporty yang elegan.

Selain gaya yang lebih baik, Mercedes-AMG E 53 dan E 53 Coupé, dikuasakan dengan enjin turbo 3.0-liter enam silinder sebaris dengan karektor EQ boost yang menawarkan prestasi tertinggi dan elektrikfikasi pintar.

Dengan jentera berkuasa ini, kedua-dua varian ini mampu menghambur 435 kuasa kuda (hp) pada 6,100 rpm dan tork puncak 520Nm pada 1,800 hingga 5,800 rpm.

Lebih tangkas, menonjol

Mercedes-AMG E 53 dan E 53 Coupé dipacu oleh suspensi udara AMG RIDE CONTROL+ yang dibangunkan di Affalterbach.

Lebih menarik, ia hadir dengan penggantungan udara berbilang ruang bersama penampan sporty dan redaman boleh laras ADS+ (Adaptive Damping System) digabungkan ciri pemanduan dinamik dan selesa.

Kadar spring kenderaan ini lebih keras bertujuan mengurangkan olengan badan ketika membrek dan melayan selekoh.

Karektor redaman juga boleh dipilih menerusi tiga mod pemanduan iaitu “Comfort”, “Sport” dan “Sport+”, yang memberikan perbezaan keselesaan ketara bagi pemanduan jarak jauh dan pemanduan sporty.

Pemanduan menerusi AMG Performance 4MATIC + semua roda sepenuhnya ini menggabungkan daya tarikan yang optimum untuk keseronokan memandu dinamik dengan tahap keselamatan memandu yang tinggi dalam semua keadaan.

Peralihan dari roda belakang ke pemanduan semua roda dan sebaliknya adalah lancar, kerana kawalan pintar disatukan ke dalam keseluruhan sistem seni bina kenderaan.

Sistem termaju, canggih

Mercedes-AMG E 53 dan E 53 Coupé turut dilengkapi dengan lampu depan MULTIBEAM LED, di mana kedua-dua lampu ini hadir dengan 84 LED berprestasi tinggi aktif yang menawarkan cahaya lebih terang dan jelas.

Prestasi sedan dan coupé elegan ini hadir dengan roda 20-inci AMG dan lebih menakjubkan ia tampil dengan fungsi AMG Track Pace.

Sistem yang ideal ini boleh mengubah kepada COMAND Online yang menjadi jurutera perlumbaan peribadi di mana setiap pemacu dianalisis secara terperinci menggunakan lebih daripada 80 item data khusus kenderaan.

Sistem bunyi sekeliling Burmester® juga boleh didapati untuk keseronokan hiburan unggul bersama dengan pelbagai ciri yang melengkapkan kedudukan tinggi rangkaian Mercedes-AMG E 53.

Info:

* Anggaran harga jualan atas jalan tanpa insurans bagi Mercedes-AMG E 53 (RM740,000) dan E 53 Coupé (RM764,000)

* 2,999 cc

* Enjin turbo 3.0-liter enam silinder sebaris dengan karektor EQ boost

* 435 hp @ 6,100 rpm, Tork 520Nm @ 1,800 hingga 5,800 rpm

* Penggunaan bahan api : 8.7-8.6 liter per 100 km

* Pecutan 0-100 km/j : 4.5 saat

* Kuasa maksimum 250 km/j

scroll to top