Friday , 20 July 2018

Home » Bisnes » Ford gantung pengeluaran trak F-150

Ford gantung pengeluaran trak F-150

May 10, 2018 11:08 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Ford gantung pengeluaran trak F-150

Ford pada Isnin lalu, mengumumkan langkah menggantung pengeluaran trak paling laris, F-150 di Amerika Syarikat, berikutan krisis rangkaian bekalan. - Foto REUTERS

NEW YORK,. Ford pada Isnin lalu, mengumumkan langkah menggantung pengeluaran trak paling laris, F-150 di Amerika Syarikat, berikutan krisis rangkaian bekalan.

Berita itu diumumkan dalam satu sidang telefon, sekali gus menyebabkan penutupan sementara loji pemasangan berhampiran Dearborn, Michigan yang mempunyai 4,000 pekerja.

Awal minggu ini, pengeluar kereta Amerika Syarikat itu mengumumkan pemberhentian 3,600 pekerja di kilang pengeluaran F-150 di Kansas City, Missouri.

Ford berkata, mereka berdepan dengan masalah bekalan beberapa bahagian penting bagi mengeluarkan kenderaan popular itu, selepas berlaku letupan di kilang pembekal, Meridian Lightweight Technologies (Meridian).

Pemegang saham terbesar Meridian sejak 2013 ialah kumpulan syarikat dari China, Wanfeng Auto Holdings.

Trak F-150 adalah kenderaan paling popular di Amerika Syarikat dan antara penyumbang terbesar kepada keuntungan Ford.

– AFP

scroll to top