Monday , 20 August 2018

Home » Bencana » Fuego meledak, hampir 200 penduduk hilang

Fuego meledak, hampir 200 penduduk hilang

June 6, 2018 12:37 pm Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Fuego meledak, hampir 200 penduduk hilang

Pasukan pemnyelamat membawa mangsa berhampiran kawasan yang terjejas oleh letusan gunung berapi Fuego di Escuintla, Guatemala. - Foto REUTERS

GUATEMALA CITY,. Sejumlah 192 orang masih hilang selepas gunung berapi Fuego di Guatemala kembali meletus semalam, kata pegawai perlindungan awam.

Sehingga kini sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh akibat bencana itu.

“Kami kini mempunyai senarai nama dan bandar di mana orang ramai dilaporkan hilang dan kami mempunyai angkanya. Setakat ini, nasib 192 orang penduduk yang dilaporkan hilang masih tidak diketahui,” kata Ketua Agensi Bantuan Bencana Kebangsaan (CONRED), Sergio Cabanas kepada wartawan.

– AFP

scroll to top