Friday , 23 February 2018

Home » Bisnes » Galaxy A8+ lebih menarik Minat

Galaxy A8+ lebih menarik Minat

February 6, 2018 10:35 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Galaxy A8+ lebih menarik Minat

model Galaxy A8+

Kita kini sudah me­nyaksikan generasi keempat Samsung Galaxy A sejak dilancarkan pada 2014. Terbaru, model Galaxy A8+ sememangnya berorientasikan rekaan premium meskipun ia boleh dikategorikan sebagai fon perte­ngahan.

Samsung Galaxy A8+ membawakan rekaan estetik dengan Infinity Display menjadi taruhan dan pe­nguji berpendapat ia langkah yang sesuai membolehkan pengguna memperoleh panel 18.5: 9 pada skrin bersaiz 6 inci.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan termasuk paparan iaitu FHD+ dan bukan QHD+ seperti model flagship dan panelnya tidak melengkung.

Galaxy A8+ mempunyai butang kuasa di sebelah kanan dengan volum yang terletak di sebelah kiri.

Di bahagian bawah terdapat port 3.5mm (terima kasih kekalkan ciri ini) dan pengecas USB-C tapi ada sedikit aneh apabila pembesar suara terletak di sebelah kanan peranti tepat di atas butang kuasa.

Pada saiz 159.9 x 75.7 x 8.3mm, Galaxy A8+ lebih tinggi, luas dan tebal berbanding Galaxy S8+ yang mempunyai paparan 6.2 inci lebih besar.

Seperti siri Galaxy A tahun lalu, A8+ kekal dengan IP68 yang diperakui kalis debu dan air kemudian terdapat slot kad SIM dipenuhi gasket getah.

Pastinya penggunaan Samsung Pay diteruskan. Walaupun Galaxy A8+ tidak mempunyai pengecasan tanpa wayar, anda masih mendapat pengecasan pantas.

Untuk menampung bezel minimum S8+, Samsung memindahkan sensor cap jari bersebelahan modul kamera di belakang.

Adakah ia langkah tepat? Bagi penguji, pengimbas di belakang lebih baik berbanding di depan.

Sudah tentu bagi kategori pertengahan, ia menjadi peranti terpantas dalam segmen ini, ditambah varian yang dijual di Malaysia mempunyai 6GB RAM dan penyimpanan 64GB.

Bagi jangka hayat bateri, bateri 3500mAh berjaya bertahan sehari dan pe­nguji melihat skrin untuk video dan laman sosial yang dikatakan ‘screen-on-time’ selama empat jam secara purata.

Samsung Galaxy A8+ ini beroperasi pada Android 7.1.1 Nougat dan ia sudah dijangka memandang­kan penguji berpendapat Samsung mahu fokus Oreo pada Galaxy S9 yang bakal dikeluarkan hujung bulan ini.

Jadi, kemas kini Oreo untuk A8+ mungkin untuk suku berikutnya.

Kemuncak pada Samsung Galaxy A8+ sudah pasti pada dwikamera depan 16MP + 8MP yang pertama untuk peranti Samsung.

Matlamat utama dengan kamera sekunder adalah untuk memperkasakan Live Focus, ciri yang membuat debutnya beberapa bulan lalu untuk Note 8.

Live Focus memboleh­kan anda membuat kesan kabur pada latar belakang dan sementara ciri ini tersedia di kamera belakang pada Note 8, anda boleh meng­gunakannya bagi swafoto dengan A8+.

Ciri ini sememangnya berfungsi seperti yang diiklankan dan anda boleh melaraskan intensiti kabur terbabit.

Penguji berpendapat gambar Live Focus pada kamera ini memang hebat dan mampu menghasilkan imej swafoto yang tidak akan mengecewakan anda.

Adakah anda patut membelinya? Jawapan tanpa ragu adalah YA!

scroll to top