Sunday , 16 December 2018

Home » Bisnes » Garmin lancar jam GPS terbaharu Instinct

Garmin lancar jam GPS terbaharu Instinct

December 7, 2018 11:40 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Garmin lancar jam GPS terbaharu Instinct

KUALA LUMPUR,. Garmin Malaysia baru-baru ini memperkenalkan jam Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) terbaharu, Instinct yang mengekalkan pelbagai ciri untuk kegunaan aktiviti lasak.

Garmin Instinct adalah jam yang sesuai untuk menghadapi cabaran alam sekitar kerana ia direka dengan memenuhi standard tentera Amerika Syarikat (MIL-STD-810G) iaitu tahan haba, tahan lasak dan kalis air.

Jam GPS ini juga boleh menahan suhu dari -20 darjah Celsius hingga 60 darjah Celsius serta ketahanan ketika dijatuhkan pada jarak ketinggian 122 sentimeter manakala aspek kalis air pula sedalam 100 meter.

Pengarah Urusan Garmin Asia Selatan, Engelhard (Al) Sundoro, berkata pihaknya teruja apabila menampilkan Garmin Instinct dalam senarai model jam lasak kerana sememangnya ia boleh dipercayai.

“Jam ini direka untuk memenuhi standard ketenteraan dan menyerlah kerana tahan haba, tahan lasak dan kalis air.

“Tidak ketinggalan Instinct turut menyokong gaya hidup aktiviti yang aktif dengan ciri-ciri pemanduan arah, pengesan kecergasan menerusi kadar degup jantung di bahagian pergelangan dan kemudahan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS),” katanya.

Kepada yang gemar menjalankan aktiviti lasak seperti mendaki bukit dan meneroka hutan, tidak perlu bimbang kerana rangkaian satelit Satelit Navigasi Global (GNSS) dapat membantu pengguna mengesan lokasi dalam persekitaran yang mencabar.

Sementara itu, duta jenama Garmin Malaysia, Sharifah Sakinah yang juga seorang pelakon dan perunding kecergasan, berkata jam baharu berkenaan adalah inovasi sempurna yang sesuai untuk kehidupan serba mencabar.

“Sama ada bersenam di gimnasium sehinggalah mendaki, Garmin Instinct adalah pencatat maklumat peribadi saya kerana ia mengesan semua pergerakan dan aktiviti setiap hari,” katanya.

scroll to top