Monday , 21 May 2018

Home » Bencana » Gempa 6.1 magnitud gegar timur Filipina

Gempa 6.1 magnitud gegar timur Filipina

May 6, 2018 8:32 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Gempa 6.1 magnitud gegar timur Filipina

MANILA,. Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud dikesan melanda timur Filipina, hari ini, tetapi tidak ada laporan kematian atau kerosakan, kata pihak berkuasa.

Philippine Institute of Volcanology and Seismology berkata, pusat gempa berlaku kira-kira 310 kilometer di kawasan timur laut ibu negara, pada jam 2.19 petang.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi itu berada pada kekuatan 6.1 magnitud tetapi pihak berkuasa Filipina mengesahkan ia berukuran 5.9 magnitud.

USGS berkata pusat gempa berada pada kedalaman 17.9 kilometer.

Laporan itu menyebabkan pihak berkuasa tempatan berkata, pusat gempa yang didedahkan itu tidak cukup kuat untuk menyebabkan kerosakan serius.

– AFP

scroll to top