Monday , 10 December 2018

Home » Bencana » Gempa bumi 6.8 landa timur Russia

Gempa bumi 6.8 landa timur Russia

October 11, 2018 1:49 pm Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Gempa bumi 6.8 landa timur Russia

MOSCOW,. Satu gempa bumi berukuran 6.8 melanda bahagian selatan kepulauan Kuril di timur Russia hari ini, kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Gempa itu berlaku di 177 kilometer (km) di selatan Severo-Kuril’sk pada kedalaman 33 km.

Menurut jabatan berkenaan, mereka masih tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan atau kematian manakala saiz gempa itu menurun kepada 6.3 tidak lama selepas itu. – Reuters

scroll to top