Tuesday , 20 November 2018

Home » Bencana » Gempa bumi gegar Sulawesi, Bandung dan Bali

Gempa bumi gegar Sulawesi, Bandung dan Bali

November 6, 2018 1:12 pm Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Gempa bumi gegar Sulawesi, Bandung dan Bali

JAKARTA,. Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegarkan pulau Sulawesi Indonesia, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), hari ini.

Menurut USGS, gegaran itu berlaku kira-kira 11 kilometer di timur Daerah Mamasa di barat pulau Sulawesi, kira-kira jam 2.35 pagi waktu tempatan dan tidak ada amaran tsunami dikeluarkan.

Kejadian itu berlaku selang beberapa minggu selepas gempa berkekuatan 7.5 magnitud, disusuli tsunami melanda bandar Palu, Sulawesi pada 28 September lalu.

Bencana itu mengorbankan lebih 2,000 orang dan menyebabkan lebih 220,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengesahkan gempa kecil menggegarkan bandar Bandung, Bali dan sekitarnya, awal pagi tadi, kira-kira jam 1.57 pagi waktu tempatan.

“Pusat gempa berada di darat, pada kedalaman, 18 kilometer, kira-kira lapan kilometer di laut bandung,” kata BMKG menerusi twitter.

Indonesia adalah antara negara yang kerap dilanda bencana alam, kerana ia terletak di atas “Lingkaran Api’ Pasifik, menyebabkan kebanyakan plat tektonik bertembung menjadi punca kerapnya letusan gunung berapi dan gempa bumi. – AFP

scroll to top