Sunday , 27 May 2018

Home » Bencana » Gempa bumi kedua landa Hualien

Gempa bumi kedua landa Hualien

February 8, 2018 7:56 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Gempa bumi kedua landa Hualien

ALIEN,. Gempa bumi kedua dengan kekuatan 5.7 melanda bandar pelancongan Hualien di sini lewat malam tadi, hampir 24 jam selepas gempa bumi pertama yang meragut tujuh nyawa.
FormatFactoryhh.jpg.transformed_0
Sehingga kini 67 orang disahkan masih hilang manakala 260 lagi cedera.

Datuk Bandar Hualien, Fu Kun-Chi berkata, sejumlah 150 orang dikhuatiri masih hilang dengan sebahagian besarnya dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Sementara itu di salah sebuah hotel dikenali sebagai Hotel Marshal, penyelamat berjaya menarik keluar seorang mangsa yang masih hidup tetapi seorang rakannya yang turut terperangkap disahkan sudah meninggal dunia.

Antara mangsa yang cedera termasuk rakyat China, Singapura, Republik Czech, Jepun dan Korea Selatan.

Bencana ini disifatkan gempa bumi terburuk pernah melanda Taiwan.

– Reuters

scroll to top