Saturday , 15 December 2018

Home » Bencana » Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Fiji

Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Fiji

November 19, 2018 11:03 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Fiji

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak mendatangkan ancaman tsunami.

KUALA LUMPUR,. Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Fiji kira-kira 4.25 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa yang terletak di 17.9 darjah Selatan dan 178.9 darjah Barat dengan kedalaman 547 kilometer berlaku di 279km timur Laucala, Fiji.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak mendatangkan ancaman tsunami.

— BERNAMA

scroll to top