Friday , 21 June 2019

Home » Bencana » Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Andaman

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Andaman

May 22, 2019 9:56 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Andaman

KUALA LUMPUR,. Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Kepulauan Andaman, rantau India pada 8.39 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak di 13.9 darjah utara serta 92.8 darjah timur dan kira-kira 73 kilometer utara dari Andaman, India.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

scroll to top